Aku baru perasan yang aku ada personal blog selain monster-kecil.blogspot tu...hahaha..so aku rasa ada baiknya aku gunakan medium ni berkongsi pengalaman aku kat orang lain. Aku suka mengembara. Tak kira la dekat atau jauh, kalau aku rasa aku nak pergi, aku akan pergi walau apa cara. Post pertama ni aku nak cerita pasal trip aku ke Bukit Broga & Sungai Tekala. Aku pergi berseorangan sebab bagi aku lagi senang nak arrange time.Buat masa ni aku kongsi cerita kat dalam negara dulu la eh..hehehe..
Cuti umum sempena hari keputeraan Sultan Selangor aku gunakan untuk ke Bukit Broga. Celik pukul 3 pagi mmg berpinar mata dibuatnya. Relax, mandi dan gerak ke Bukit Broga. Sampai di sana dalam pukul 4.30 pagi. Bersilangkan HyperGear dry bag aku mendaki berseorangan. Confident sikit sebab laluan dah boleh kenal so aku tak kisah berseorangan pun. Sampai di puncak lebih kurang 5.10 pagi. Non-stop dan teguk air pun sambil berjalan.
Sampai di atas, hanya ada sekumpulan kecil manusia yang rasanya dapat ke puncak Broga macam ke puncak Gunung Kinabalu. Kecohnya lahaiii....mulut pun tak berhenti bercakap. Aku pun tunggu la sampai matahari terbit dengan bebelan diorang tu..
Aku turun balik dari puncak dalam pukul 9 pagi. Mak oiiiiii..!!! ramainya orang..!!!..aku naik tadi punya la sunyi. Aku nak jalan pun susah ha..
Aku ni jenis suka main redah. So otw balik tu aku nampak signboard ke Sungai Tekala. So aku terus rasa nak mandi air terjun. Dari Broga tak jauh pun dalam 20km je. Berbekalkan sekotak milo, gardenia & sardin aku melepak kat tingkat atas air terjun. Memang nikmat sebab takda manusia awal pagi kat sini. Dengan tenang ditemani bunyi air rasa hilang penat mendaki Broga. Dalam pukul 12 tgahari, aku pun balik. Dah mandi baru ingat tak bawak seluar lebih. Makanya dalam kereta ditemani seluar basah. Hahahahahaha...
" A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving." - Lao Tzu
Date: 11 Dec 2013
Time : 04 am - 12 pm








Tiada ulasan:
Catat Ulasan